Assalamualaikum w.b.t.Adalah dimaklumkan bahawa pembayaran yuran keahlian sebanyak RM 12 setahun boleh dibuat di pejabat Rumah Barkat. Diharap agar Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik, ahli Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim JOhor (PKAYJ), dapat menjelaskan yuran tahunan selewat-lewatnya pada 30 Mac setiap tahun.Segala kerjasama pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Sekian. Wassalam ...
Read More..
Assalamualaimum w.b.t.Pihak pentadbiran Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ) sedang menjalankan proses mengemaskinikan maklumat ahli. Oleh yang demikian, diharap agar pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik dapat mengemaskini maklumat keahlian melalui saluran emai, no. telefon atau faks. Sila nyatakan maklumat seperti berikut;NamaNo. kad pengenalanAlamatPerkerjaanNo telefonSegala kerjasama pihak Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Wassalam ...
Read More..
Anda boleh menyalurkan sumbangan ikhlas anda kepada Rumah Barkat melalui:- Tunai/ Cek/ Kiriman Wang Pos/Masukan secara terus ke akaun Bank Muamalat No: 0101-0000011717 atas nama PKAYJ Sebagai makluman derma-derma dikecualikan daripada Cukai Pendapatan di bawah Sek: 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967; P.H.D.N Malaysia HQ 162/2530 bertarikh 27.4.81) Warta Kerajaan No. 2801/1981...
Read More..
Dipelawa kepada individu yang mempunyai kelayakan untuk mengisi Jawatan Pemandu bas Persiaran . Kekosongan - Seorang Lelaki Mempunyai lesen E `Full ` dan mempunyai PSV . Pengalaman di utamakan . Sekiranya berminat, sila hubungi pihak pentadbiran dengan segera di 07-2261511/072234664. ...
Read More..
Untuk tahun 2010 ,pihak pengurusan dan pentadbiran Rumah Barkat ingin mencari tenaga pengajar untuk membimbing dan mengajar kelas tuisyen terutama untuk kelas-kelas peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Disamping itu juga pihak kami sangat-sangat mengharapkan guru-guru /individu yang berkemahiran mengajar subjek Bahasa Inggeris bagi memberi bimbingan untuk subjek tersebut untuk peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah . Kepada individu atau guru-guru yang berpengalaman dan berkebolehan serta berminat untuk menabur bakti mendidik dan mengajar anak-anak di pertubuhan ini , sila hubungi pihak pengurusan ...
Read More..
Sambutan Maulidur Rasuluntuk tahun 1431 Hijrah telahpun diadakan pada 28 Febuari 2010 di Surau Al Ehsan Rumah Barkat. Pada jam 2.00 petang majlis di mulakan dengan semua para jemputan yang terdiri daripada Ahli-Ahli Majlis PKAYJ, ibu-ibu waris, saudara-saudara dan juga penyumbang dari Singapura dan anak-anak berarak sambil berselawat beramai-ramai daripada MesjidBukit Cagar sehinggalah ke surau Al Ehsan Rumah Barkat.
![]()
![]()